Aktiviti Sekolah

3 ulasan:

  1. Sekolah akan mengadakan Hari Kantin dan Hari Kokurikulum pada 18 dan 19 Oktober 2014. Marilah bersama-sama memeriahkan Hari Kantin dan Hari Kokurikulum SK Sungai Tiram, Sitiawan, Perak. Pelbagai gerai jualan akan dibuka. Jangan ketinggalan kerana terdapat pelbagai barangan yang di luar jangkaan serta harga yang sangat MENARIK untuk dimiliki!!
    Jom pergi ke Hari Kantin dan Hari Kokurikulum SK Sungai Tiram sebagai tanda sokongan anda!!!!

    BalasPadam
  2. Lawatan sekolah tahun ini akan dibuat sebanyak tiga kali. Dua untuk murid dan satu untuk guru.
    Lawatan Tahun 6 di Aquaria KLCC dan I-City Shah Alam.
    Lawatan Kemerdekaan (Tahun 4 dan Tahun 5) di Kompleks Sejarah Pasir Salak dan Pusat Ternakan Tuntung Bota Kanan.
    Lawatan guru dan kakitangan di Klang dan Kuala Lumpur.
    Mudah-mudahan dapat berjalan dengan lancar...Amin..
    *Sesungguhnya kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukannya..*

    BalasPadam
  3. Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah berjaya dilaksanakan pada hari ini yang bertempat di Dewan Seri Tiram yang berlangsung selama 5 jam bermula dari 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. LDP kali ini dijayakan bersama-sama dengan SK Lekir dengan kehadiran seramai 21 orang dari SK Sungai Tiram dan 37 orang dari SK Lekir. Penceramah bagi LDP yang bertajuk Professional Learning Community (PLC) ini adalah En. Mohd. Yunus bin Abd. Aziz (Guru Besar SK Sungai Tiram).

    BalasPadam