Isnin, 13 Oktober 2014

BLOG

1. Apa itu blog? • Sebuah jurnal peribadi yang diterbitkan pada rangkaian Internet. Blog biasanya dibuat oleh indidividu atau kumpulan. Ia sering bertemakan sesuatu subjek atau tema seperti peribadi, pendidikan atau organisasi. 2. Terdapat pelbagai perisian blog a) blogspot. b) wordpress. c) open blog d) b2evolution e) eggBlog 3. Antara kegunaan dan kepentingan blog: a) Menyebarkan maklumat b) Memudahkan perkongsian maklumat c) Sebagai medium pengiklanan 4. Persediaan untuk membina laman blog a) komputer b) sambungan Internet c) alamat e-mel

PERKHIDMATAN INTERNET

6.1 KAEDAH PENCARIAN MAKLUMAT 6.1.1 STRATEGI PENCARIAN MAKLUMAT Pencarian maklumat boleh memakan masa yang lama dan kompleks. Kebiasaannya kita mencari maklumat dengan hanya memasukkan kata kunci atau frasa sahaja, Justeru itu untuk mengelakkan kita daripada lemas di lautan maklumat, adalah lebih baik kita merancang pencarian terlebih dahulu. Teknik mengemukakan pencarian melalui enjin pencarian amat penting diketahui bagi memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Strategi pencarian maklumat merupakan langkah-langkah mencari maklumat secara sistematik dan efektif. Lima Langkah Mudah Mencari Maklumat 1. Tentukan maklumat yang ingin anda cari dan tuliskan dalam bentuk ayat. 2. Buangkan kata penghubung atau kata sendi dalam ayat. Buangkan juga perkataan yang tidak penting dan tidak berkaitan. 3. Gariskan perkataan yang tinggal. Perkataan-perkataan ini merupakan kata kunci asas anda. Cuba kenalpasti juga kata kunci alternatif. Ini ialah perkataan-perkataan yang boleh menggantikan kata kunci yang telah disenaraikan seperti sinonim dan perkataan-perkataan yang membawa maksud lebih luas. 4. Tambahkan operator Boolean “AND”, “OR’ atau “NOT” antara kata kunci yang telah dikenalpasti. 5. Pencarian boleh diperincikan lagi dengan menggunakan teknik-teknik berikut: • Pangkasan (truncation) - kegiatan »»» giat • Berfrasa - “jati diri” • Wild card - *giat* »»» kegiatan, penggiat, plagiat • Operator Boolean - AND, OR, NOT • Kombinasi pangkasan dan Boolean • Nesting - (murid OR pelajar) AND “jati diri”

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

5.1 Kebaikan dan Keburukan Internet 5.1.1 Kebaikan Internet 1 Perkongsian Maklumat Pelbagai maklumat dapat dikongsi dan diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan had masa. Maklumat yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk grafik. Pelayar sesawang hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka inginkan sama ada digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Di internet, terdapat banyak enjin carian dan google.com, search.com dan yahoo.com adalah beberapa contoh enjin carian yang lazim digunakan. 2 Alat Komunikasi Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi. Internet merupakan alat komunikasi yang amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video yang membolehkan kita berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing hanya dengan menggunakan internet. Alat komunikasi ini juga amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di serata dunia. Komunikasi antara setiap cawangan seluruh dunia dapat dijalankan hanya menggunakan Video Conferencing atau Tele-conference. 3 Jimatkan Kos dan Masa Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang tidak mengenakan sebarang caj. Manakala penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat atau perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference atau tele-conference. Mereka tidak perlu mengembara ke serata tempat untuk bermesyuarat. 4 Berita Terkini Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan surat khabar mempunyai laman web sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini sentiasa dikemas kini dan memaparkan berita terkini yang berlaku di seluruh dunia. 5 Promosi Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat. Internet bukan sahaja murah malah lebih berkesan kerana boleh diakses di seluruh dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program berkembar yang amat berkesan dan murah untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan. 6 Hiburan Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh dinikmati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton secara dalam talian dengan hanya melayari pelbagai laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain itu, terdapat juga permainan (games) yang boleh dimainkan secara dalam talian bersama-sama dengan gamers dari serata dunia. Melalui internet terdapat juga hiburan lain seperti mendengar muzik dan berinteraksi dengan kawan-kawan baru di alam maya. 7 Pendidikan Secara Dalam Talian Pada masa kini terdapat banyak universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh yang memerlukan perkhidmatan internet. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakukan secara dalam talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara dalam talian, kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Disamping itu, keputusan peperiksaan juga boleh diperolehi secara dalam talian. 8 Perkhidmatan Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Contohnya, Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan, para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa. 9 Sosial Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia secara maya. Antara laman sosial yang popular ialah Facebook, Twitter, Google+ dan Instagram. Melalui laman sosial, pengguna dapat berhubung dengan rakan-rakan lama, mewujudkan kumpulan-kumpulan pengguna daripada minat dan hobi yang sama dan mengemaskini aktiviti-aktiviti semasa dengan cepat dan berkesan.

PENGENALAN KEPADA INTERNET

4.1 Maksud Internet Internet atau Net adalah rangkaian komputer yang terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Kebanyakkan organisasi termasuk agensi kerajaan, swasta, institusi pendidikan dan individu yang telah disambungkan ke Internet. 4.2 Perkhidmatan internet Manusia menggunakan pelbagai alasan dalam menggunakan internet seperti komunikasi, pembangunan dan penyelidikan, perbankan dan pelaburan, perdagangan atas talian, organisasi informasi, peribadi, hiburan, berkongsi maklumat aplikasi web, muat turun video, emel, berbual secara dalam talian (chatting) dan lain-lain. Pembekal perkhidmatan internet merujuk kepada organisasi yang membekalkan pengguna dengan capaian internet dan khidmat-khidmat yang berkaitan. Pada awalnya, pembekal perkhidmatan Internet merupakan syarikat telefon. Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai wang dan kepakaran boleh melakukannya. Di Malaysia, terdapat beberapa ISP yang menyediakan perkhidmatan internet kepada pengguna. Antaranya ialah TMNet, Jaring, Maxis, Celcom, Digi, P1WiMax dan Yes. 4.3 Pengkelasan Laman Web Pada asalnya laman web hanya merupakan laman bermaklumat yang berasaskan teks sahaja. Laman web pada masa itu berfungsi untuk mendapatkan maklumat dan informasi. Sekarang dengan adanya World Wide Web atau Internet maka wujudnya laman web dari pada pelbagai jenis dan kategori. Terdapat 13 jenis laman web dan ada yang jenis hibrid.

PROTOKOL

3.1 Definisi TCP/IP Protokol Internet (IP) dan TCP (Protokol Kawalan Penghantaran) pada asasnya adalah set peraturan (protokol) untuk satu rangkaian berkomunikasi dengan rangkaian lain dalam penghantaran data antara komputer. BAGAIMANA DATA DAPAT DI HANTAR MELALUI INTERNET? Data dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil yang dikenali sebagai paket, ini membolehkan pergerakan data lebih efisien melalui Internet. Data-data ini mungkin terdiri daripada mesej dalam e-mel, fail dan sebagainya. Paket yang diterima akan dikumpulkan semula dalam susunan yang betul menjadi data. Bagi TCP/IP laluan di mana paket dihantar melalui Internet adalah tidak penting. Sekiranya mesej dihantar ke Korea, paket yang pertama mungkin melalui Thailand, manakala paket kedua mungkin melalui laluan satelit China. TCP/IP akan memastikan bahawa paket sampai ke lokasi yang dituju dengan betul dan disusun semula walaupun paket pertama sampai lebih lambat daripada paket kedua.

PERKAKASAN DAN PERISIAN

2.1 Komponen Rangkaian Perkakasan rangkaian komputer terdiri daripada : • Kabel rangkaian • Kad antaramuka rangkaian (NIC) • Hab • Suis (Switch) • Modem • Penghala (Router) • Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access point)

PENGENALAN RANGKAIAN

PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN 1.1 Perkembangan Rangkaian Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Perkembangan rangkaian komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan Pertahanan Amerika membentuk Defense Advance Research Projects Agency (DARPA) yang bertujuan mengadakan penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah komputer sehingga membentuk rangkaian.Program penyelidikan ini dikenali dengan nama ARPANET ( Advance Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970, lebih dari 10 buah komputer telah dapat dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk sebuah rangkaian. Pada tahun 1972, Roy Tomlinson telah membangunkan satu aplikasi iaitu Mel Elektronik (emel) untuk penyelidikan ARPANET. Aplikasi tersebut mendapat sambutan baik pada ketika itu dan pada waktu yang sama "at" atau "pada" ([@]) diperkenalkan sebagai ikon dari emel tersebut. Pada tahun 1973, jaringan komputer yang diberi nama ARPANET mulai dikembangkan meluas keluar dari Amerika Syarikat. University College di London merupakan komputer anggota rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Kahn membentangkan sebuah gagasan yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian antarabangsa (International Network) iaitu Internet. Idea ini dipersembahkan untuk pertama kalinya di Sussex University. Pada 26 Mac 1976, dimana pada masa itu ratu Inggeris telah berjaya mengirimkan sebuah emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, lebih dari 100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan membentuk sebuah rangkaian atau Network. Pada tahun 1979, Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin telah mencipta Newsgroups pertama yang dikenali sebagai USENET (User Network). Pada tahun 1981, France Telecom telahn mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama dunia (pengguna dapat saling berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan pautan video (video link)). Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, sebuah protokol rasmi yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian diperlukan. Pada tahun 1982, sebuah jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan Internet Protocol (IP) telah dibentuk. Sementara itu di Eropah muncul sebuah rangkaian saingan yang dikenali sebagai Europe Network (EUNET) yang meliputi wilayah Belanda, Inggeris, Denmark, dan Sweden. Jaringan EUNET ini mennggunakan emel dan newsgroup USENET. Pada tahun 1984, sebuah sistem dengan nama DOMAIN atau lebih dikenali sebagai Domain Name System (DNS) telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan semua alamat rangkaian komputer yang sudah ada di dalam sistem DNS komputer yang bersambung dengan jaringan yang melebihi 1000 buah komputer. Pada tahun 1987, bilangan komputer yang bersambung ke rangkaian telah melonjak 10 kali ganda dan menjadi 10000 buah lebih komputer. Pada tahun 1988, Jarkko Oikarinen yang berasal dari Finland telah mencipta dan memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) dimana ia membolehkan dua orang atau lebih pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting). Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000 buah komputer. Pada pertengahan tahun 1990, ini adalah tahun yang paling bersejarah dimana Tim Berners Lee ketika itu telah merancang sebuah program editor dan pelayar (browser) yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai WWW atau World WideWeb. Pada tahun 1992, komputer yang telah membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000 buah komputer. Pada tahun yang sama, muncul satu istilah baru iaitu Surfing (menjelajah). Pada tahun 1994, laman sesawang (website) dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat 3000 alamat halaman) dan pertama kalinya Virtual Shopping atau e-retail muncul dalam pelbagai situasi. Dunia berubah sejajar dengan adanya Enjin Carian (Search Engine) yang pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry pada bulan April 1994. Pada hujung tahun 1994, Netscape Navigator 1.0 telah dilancarkan.

SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Blog Zarissna88