Selasa, 12 Mei 2015

Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah berjaya dilaksanakan pada 9 Mei 2015 (Sabtu) yang bertempat di Dewan Seri Tiram yang berlangsung selama 5 jam bermula dari 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. LDP kali ini dijayakan bersama-sama dengan SK Lekir dengan kehadiran seramai 21 orang dari SK Sungai Tiram dan 37 orang dari SK Lekir. Penceramah bagi LDP yang bertajuk Professional Learning Community (PLC) ini adalah En. Mohd. Yunus bin Abd. Aziz (Guru Besar SK Sungai Tiram).

Isnin, 13 Oktober 2014

BLOG

1. Apa itu blog? • Sebuah jurnal peribadi yang diterbitkan pada rangkaian Internet. Blog biasanya dibuat oleh indidividu atau kumpulan. Ia sering bertemakan sesuatu subjek atau tema seperti peribadi, pendidikan atau organisasi. 2. Terdapat pelbagai perisian blog a) blogspot. b) wordpress. c) open blog d) b2evolution e) eggBlog 3. Antara kegunaan dan kepentingan blog: a) Menyebarkan maklumat b) Memudahkan perkongsian maklumat c) Sebagai medium pengiklanan 4. Persediaan untuk membina laman blog a) komputer b) sambungan Internet c) alamat e-mel

PERKHIDMATAN INTERNET

6.1 KAEDAH PENCARIAN MAKLUMAT 6.1.1 STRATEGI PENCARIAN MAKLUMAT Pencarian maklumat boleh memakan masa yang lama dan kompleks. Kebiasaannya kita mencari maklumat dengan hanya memasukkan kata kunci atau frasa sahaja, Justeru itu untuk mengelakkan kita daripada lemas di lautan maklumat, adalah lebih baik kita merancang pencarian terlebih dahulu. Teknik mengemukakan pencarian melalui enjin pencarian amat penting diketahui bagi memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Strategi pencarian maklumat merupakan langkah-langkah mencari maklumat secara sistematik dan efektif. Lima Langkah Mudah Mencari Maklumat 1. Tentukan maklumat yang ingin anda cari dan tuliskan dalam bentuk ayat. 2. Buangkan kata penghubung atau kata sendi dalam ayat. Buangkan juga perkataan yang tidak penting dan tidak berkaitan. 3. Gariskan perkataan yang tinggal. Perkataan-perkataan ini merupakan kata kunci asas anda. Cuba kenalpasti juga kata kunci alternatif. Ini ialah perkataan-perkataan yang boleh menggantikan kata kunci yang telah disenaraikan seperti sinonim dan perkataan-perkataan yang membawa maksud lebih luas. 4. Tambahkan operator Boolean “AND”, “OR’ atau “NOT” antara kata kunci yang telah dikenalpasti. 5. Pencarian boleh diperincikan lagi dengan menggunakan teknik-teknik berikut: • Pangkasan (truncation) - kegiatan »»» giat • Berfrasa - “jati diri” • Wild card - *giat* »»» kegiatan, penggiat, plagiat • Operator Boolean - AND, OR, NOT • Kombinasi pangkasan dan Boolean • Nesting - (murid OR pelajar) AND “jati diri”

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

5.1 Kebaikan dan Keburukan Internet 5.1.1 Kebaikan Internet 1 Perkongsian Maklumat Pelbagai maklumat dapat dikongsi dan diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan had masa. Maklumat yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk grafik. Pelayar sesawang hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka inginkan sama ada digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Di internet, terdapat banyak enjin carian dan google.com, search.com dan yahoo.com adalah beberapa contoh enjin carian yang lazim digunakan. 2 Alat Komunikasi Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi. Internet merupakan alat komunikasi yang amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video yang membolehkan kita berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing hanya dengan menggunakan internet. Alat komunikasi ini juga amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di serata dunia. Komunikasi antara setiap cawangan seluruh dunia dapat dijalankan hanya menggunakan Video Conferencing atau Tele-conference. 3 Jimatkan Kos dan Masa Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang tidak mengenakan sebarang caj. Manakala penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat atau perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference atau tele-conference. Mereka tidak perlu mengembara ke serata tempat untuk bermesyuarat. 4 Berita Terkini Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan surat khabar mempunyai laman web sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini sentiasa dikemas kini dan memaparkan berita terkini yang berlaku di seluruh dunia. 5 Promosi Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat. Internet bukan sahaja murah malah lebih berkesan kerana boleh diakses di seluruh dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program berkembar yang amat berkesan dan murah untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan. 6 Hiburan Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh dinikmati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton secara dalam talian dengan hanya melayari pelbagai laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain itu, terdapat juga permainan (games) yang boleh dimainkan secara dalam talian bersama-sama dengan gamers dari serata dunia. Melalui internet terdapat juga hiburan lain seperti mendengar muzik dan berinteraksi dengan kawan-kawan baru di alam maya. 7 Pendidikan Secara Dalam Talian Pada masa kini terdapat banyak universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh yang memerlukan perkhidmatan internet. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakukan secara dalam talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara dalam talian, kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Disamping itu, keputusan peperiksaan juga boleh diperolehi secara dalam talian. 8 Perkhidmatan Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Contohnya, Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan, para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa. 9 Sosial Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia secara maya. Antara laman sosial yang popular ialah Facebook, Twitter, Google+ dan Instagram. Melalui laman sosial, pengguna dapat berhubung dengan rakan-rakan lama, mewujudkan kumpulan-kumpulan pengguna daripada minat dan hobi yang sama dan mengemaskini aktiviti-aktiviti semasa dengan cepat dan berkesan.

PENGENALAN KEPADA INTERNET

4.1 Maksud Internet Internet atau Net adalah rangkaian komputer yang terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Kebanyakkan organisasi termasuk agensi kerajaan, swasta, institusi pendidikan dan individu yang telah disambungkan ke Internet. 4.2 Perkhidmatan internet Manusia menggunakan pelbagai alasan dalam menggunakan internet seperti komunikasi, pembangunan dan penyelidikan, perbankan dan pelaburan, perdagangan atas talian, organisasi informasi, peribadi, hiburan, berkongsi maklumat aplikasi web, muat turun video, emel, berbual secara dalam talian (chatting) dan lain-lain. Pembekal perkhidmatan internet merujuk kepada organisasi yang membekalkan pengguna dengan capaian internet dan khidmat-khidmat yang berkaitan. Pada awalnya, pembekal perkhidmatan Internet merupakan syarikat telefon. Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai wang dan kepakaran boleh melakukannya. Di Malaysia, terdapat beberapa ISP yang menyediakan perkhidmatan internet kepada pengguna. Antaranya ialah TMNet, Jaring, Maxis, Celcom, Digi, P1WiMax dan Yes. 4.3 Pengkelasan Laman Web Pada asalnya laman web hanya merupakan laman bermaklumat yang berasaskan teks sahaja. Laman web pada masa itu berfungsi untuk mendapatkan maklumat dan informasi. Sekarang dengan adanya World Wide Web atau Internet maka wujudnya laman web dari pada pelbagai jenis dan kategori. Terdapat 13 jenis laman web dan ada yang jenis hibrid.

PROTOKOL

3.1 Definisi TCP/IP Protokol Internet (IP) dan TCP (Protokol Kawalan Penghantaran) pada asasnya adalah set peraturan (protokol) untuk satu rangkaian berkomunikasi dengan rangkaian lain dalam penghantaran data antara komputer. BAGAIMANA DATA DAPAT DI HANTAR MELALUI INTERNET? Data dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil yang dikenali sebagai paket, ini membolehkan pergerakan data lebih efisien melalui Internet. Data-data ini mungkin terdiri daripada mesej dalam e-mel, fail dan sebagainya. Paket yang diterima akan dikumpulkan semula dalam susunan yang betul menjadi data. Bagi TCP/IP laluan di mana paket dihantar melalui Internet adalah tidak penting. Sekiranya mesej dihantar ke Korea, paket yang pertama mungkin melalui Thailand, manakala paket kedua mungkin melalui laluan satelit China. TCP/IP akan memastikan bahawa paket sampai ke lokasi yang dituju dengan betul dan disusun semula walaupun paket pertama sampai lebih lambat daripada paket kedua.

PERKAKASAN DAN PERISIAN

2.1 Komponen Rangkaian Perkakasan rangkaian komputer terdiri daripada : • Kabel rangkaian • Kad antaramuka rangkaian (NIC) • Hab • Suis (Switch) • Modem • Penghala (Router) • Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access point)